Saturday, May 13, 2006

Sana sini. Macam-macam ada.
1. Skype versi beta dah keluar. Semua pakat nak try termasuk aku dan kerabat-kerabatku. Versi ni memang best. Hashim Ishak punya line, dah pun stabil. Jadi, bolehlah dia cakap banyak sekarang.
Si Mustaffar Talip pula, macam-macam hal. Tak boleh confrence lah, itu lah, ini lah. Hey leceh. Tapi tak apa, biarkan dia. Biar dia sama-sama merasai susahnya. Mula-mula aku ingat, alt-c dah tak boleh pakai. Rupanya masih boleh lagi. Tak apa, yang penting, versi ni best.
Ha, siapa sudah try skype cast? Ok, belum try, clic link di bawah untuk cuba.https://skypecasts.skype.com/skypecasts/home
Bila sudah masuk ke sana, sila sign in dengan menggunakan i d skype anda. Selepas itu, cari link yang bernama create cast. Ikut segala arahan yang diperlukan untuk create cast itu.
Cast itu paling lama bertahan ialah dua jam. Itu maxima. Ikut saja arahan yang diberi. Tentang quality sound, cuba dulu, baru tahu.
Bila sudah create cast tersebut, dan nak log in, pastikan skype on. Kemudian log in.
Selepas itu, kita add contact yang kita log in itu ke skype kita. Add macam kita selalu add contact tulah tak reti-reti?
Semasa proses add, dia akan suruh kita re-name. Tulislah apa yang kita nak tulis kat box tu. Ah pandai-pandailah tu malas aku nak terang panjang-panjang.
Bila sudah add ke list kita, hantarkan contact tersebut kepada rakan-rakan kita yang nak join cast tu. Ok, sendiri cuba.
2. Rakan Hashim Ishak akan pergi menunaikan umrah pada 26 Mei ini. jadi inilah diucapkan selamat dalam perjalanan. Jangan lupa kalau ada duit lebih, belilah buah kurma sepuluh kilo kat aku hahaha.
3. Cerita kahwin. Yahoo! Kahwin! Ok ini dia.
Selamat pengantin baru kepada salah seorang rakanku Lee Chew Ean yang dah kahwin kira-kira sebulan yang lalu kalau tak salah. Nama islamnya ialah Nur Shuhadah.
Semoga berbahagia dan tahniah sebab dah jadi isteri orang dan terima kasih sebab tak jemput kita orang. Jimatlah sikit duit kita orang. Kalaulah dijemput, alamatnya kena pergilah dan poket pun koyaklah. Lecehnya. Jadi sekali lagi diuca;kan, tahniah.
Lee Sai Sam pula khabarnya akan berkahwin pada Disember ini. Isterinya Beh Sok Kee adalah seorang tukang urut. Ha, urut jangan tak urut.
3. Wah, banyaknya orang nak ke mesyuarat SBM di Melaka.
Penang dah satu bas penuh. Kali ni, mesti syiok habis punyalah.
Kak Siti Jineh, jangan lupa ya choclat cake sepuluh tingkat tu, lepas tu, biskut jam kacang. Itu pun kalau akak dapat datang. Kak Rosnah, janganlah lupa kalau dapat, bawalah jemput-jemput. Bawa banyak-banyak, seperiuk, dua periuk, tak apa. Kan aku ni kuat makan?
Ok, sana-sini dah habis.